Monday, April 11, 2011

Reminder buat aku dan engkau.

Macam ini ok ,

Everyone has their own problem , and dalam pada kau sibuk sibuk curse sini sana pasal betapa what the fish nya problem kau hadapi , selitkan rasa grateful sebab semua orang patut tahu , setiap benda ada hikmah bukan? setiap benda best jadi kat kau , mesti akan ada benda buruk jadi sebab itu adalah LIFE. Kalau kau harap semua benda jadi senang, otak kau gila tak berkembang .

Be grateful sebab apa? Sebab semua masalah dan ujian yang Allah bagi , besar gila yang kau rasa stok nak bunuh diri , nak lari rumah makan racun tikus , memberontak kacau study apa kejadah tu , every single problem makes your heart stronger. And it is true. Lagipun , kau kena grateful sebab kau kena percaya lepas apa problem yang jadi kat kau , akan diselangi dengan benda best.

Like someone remind me everyday ,

'' you chill up okay? you tahu kan , bila you ada problem besar mana pun , insyaallah benda best akan jadi . mesti , Allah kan tahu everything''.
Amin amin amin ya rabbal alamin !  Yes thankyou

Thankyou for reminding me. And setiap kali kau wonder kenapa lah susah sangat ujian yang tuhan bagi kat kau ni , apa kata kita set mind yang kita betuah ? sebab Allah tahu kita kuat. Allah nak uji betapa kuatnya kita and Allah nak kita lagi jadi kuat. Sebab Allah sayang kita . KITA kena ingat tu. Ye,aku tengah cakap untuk diri aku jugak lah ni that's why aku bermonolog dekat belog aku.

And I read this , and aku rasa aku nak share sebab bukan semua orang hidup senang . Akan ada setiap chapter hidup kau, kau akan diuji dengan masalah.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Setiap apa yang buruk jadi kat kau , jangan salahkan takdir. Jangan putus asa and mintak pertolongan dari Allah . Untuk diri aku sendiri supaya setiap kali masalah walaupun kecik gila , jangan give up , dont stop hoping,dont stop believing,Don't stop praying. mintak Allah ampunkan dosa kau , Mintak Allah tingkatkan iman kau supaya kau tak buat kerja lagi bahalol dan mintak Allah kuatkan hati kau,diri kau.

Aku tanak putus asa walaupun ada satu tahap , aku akan just sit down dan mintak allah tabahkan hati aku yang lembik macam jeli ni. Sebab aku tanak aku miss benda best yang akan jadi kat aku lepas aku dah tempuh ujian yang Allah bagi. Dan aku takde reason untuk give up sebab aku boleh ubah benda itu dan aku masih ada keluarga dan kawan kawan yang sayang aku , mungkin aku tak berguna dekat semua tapi cukuplah kalau aku tahu aku berguna dekat cuma satu makhluk bernama manusia.

Jangan putus asa sayang sayang ku. Walaupun aku pun sama macam orang lain.Ye aku akan menangis , sepuas puasnya dan lepastu aku akan duduk dan cuba berfikiran waras dan enjoy balik hidup aku.sebab sayang , kalau hidup aku just bazir untuk keluarkan air mata, Sayang, air mata tu mahal. Tapi aku percaya,gelak tawa tu lagi bagi impak yang besar. Tak ke indah nya hidup bila sebab gelak tawa kau , orang lain rasa terhibur sekali? And and and and mana lagi best,

kau ada masalah and advantage kau hadapi masalah tu are kau jadi lagi stronger and insyaallah dosa kau dihapuskan, DARIPADA kau ada masalah , kau lagi buat benda bodoh macam lari rumah ke which is kau dah menyusahkan orang lain lah bengong! ataupun kau bunuh diri? dahlah kau ni hidup ada masalah, mati terus masuk neraka. nauzubillah.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Allah itu sangat maha adil . Jap , aku nak touching boleh? Ok jangan mengada. Bukan disini depan public. Dena,jaga macho.

Tak, kalau kau nampak orang tu happy tak semestinya dalam hati dia pun happy. Bagi aku , aku rasa tak best bila bawak bawak sakit tu sedih tu dan jangkitkan orang lain. kan kan kan kan kan kan kan kan CUKUP.

Sorry kalau aku salah cakap, sorry kalau aku merepek sorang sorang . Aku kan suka bebel soghe soghe -_- tapi , i meant it :) aku tak perfect. JAUH JAUH JAUH.   tapi aku cuma perempuan comel lote ,eh ok aku cuma perempuan yang tengah belajaq dan aku bersyukur ada orang yang sentiasa remind aku. Sungguh



May Allah guide us (: peace out yawwwwwwww.

p/s : KAU dia atas merujuk kepada setiap manusia di atas bumi ini , especially buat diri aku sendiri. Wallahua'alam.

Photobucket

No comments: