Thursday, October 13, 2011

Typical situation #1

A : Kau ni kenapa dah pulak?

B : Takde pape . Eh, hmm kenapa some people macam pelik ah?

A : *buat muka curious*

B : Diorang reti bagi positive thought dekat and about diri sendiri tapi bila sampai kat orang lain , mesti nak sangka buruk.

A : Ok.. Pastu?

B : Bila orang kurang baik dari diorang ,diorang akan mengata kaw kaw siap heboh kepochi cite lebat satu malaya , kalau ad kawan luar negara pun diorang sanggup cite hotzz pasal kawan diorang yang kurang baik ni.

A: Biasa lah tu.

B : Bila orang tu dah jadi baik , and perhaps better than diorang. Diorang akan mengata jugak. takpun diorang akan macam , '' eleh dulu dia pernah buat jugak , dulu dia lagi setan.'' Tengah cakap pasal masa sekarang padahal.

A : Dengki lah tu.

B : Semua orang tak suka kena judge , tapi bab judge orang,bab sangka buruk kemain. padahal bila sampai kat diri sendiri kata , '' you don't know me , you're not qualified to judge me .Allah knows. blablablabla" Tapi diorang sendiri akan bercakap sesama sendiri memfitnah orang mengjudge orang.

A : Kan aku dah kata , diorang dengki lah tu.

B : Tapi ! why diorang kena bersangka buruk , fitnah orang bagai,spread rumours to others apa semua. I meant , if it's true sekali pun , kena ke bagi tahu satu dunia? Kalau sorang je yang fikir pasal the other person buruk. Kenapa kena ajak orang lain untuk berfikiran yang sama?

A : *duduk bersila makan kuih raya lebih* well , listen. Semua orang akan ada benda diorang tak puas hati pasal diri sendri. Lainnya , some of them tahu untuk bersyukur. And some are not. Sama lah macam semua orang dengki dengan kelebihan orang , tapi some reti bersyukur and work smart to be a better person . Some pulak more to tak reti bersyukur,tapi diorang akan kata diorang bersyukur. Ok maksudnya , diorang gain confidence by insulting other people . Orang macam ni pujuk diri by buruk buruk kan orang lain .

B : Kenapa macamtu.

A: hm , setengah orang kalau engkau baik macam mana pun kat diorang. If kau tak sama pikiran mcm diorang, if kau tak 'sebulu' dengan diorang. Tapi diorang rasa kau lebih disukai ramai atau mungkin ada benda kau lebih. Diorang akan cuba jatuhkan kau . let say, kau tersalah buat something, diorang akan try to create benda lain. Kira start to fitnah kau la. atau pun they will try untuk buat kau down dengan kelemahan kau which is kelebihan diorang.

B : Aku tahu. Aku pernah rasa. apa actually patut respond do? Sumpah doh,ikut hati aku lempang sesekor.

A : Memang ah, Tapi orang macam ni. Kau takleh bagi respond. Kira kau mintak maaf and ignore je ah.

B : Asal nak mintak maaf pulak, bukan aku yang salah .diorang.

A : but to them kau yang buat hidup diorang miserable. Say sorry je lah and ignore je . Sebab at one point , nak kata kau salah , kau dah mintak maaf. and satu tahap diorang tatahu nak cakap apa dah pasal kau. Sebab kau buat bodoh. Lagipun kau tak hilang pape. Allah will reveal the truth.

B : Apa patut buat if kita dah sure betul ni ada orang selalu cakap buruk pasal kita and kita sendiri pun dah dengar. apa nak buat? tinggal baling kerusi kat muka dia je.

A : Macam ni lah wehh. Kau nak jugak face to face .Kau pergi kat orang tu , kau buat ceni.

 '' Mintak Maaf . Tumpang tanya , Awak ni C kan? Em , Dalam surah Al-Baqarah ayat 191  "Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh"  Dan seperti kita tahu fitnah itu ibarat makan daging saudara sendiri.

C ; Ok , apa kena mengena?

A ; Sedap makan daging saya? *senyum dan berlalu pergi*

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32


Photobucket

2 comments:

-NanI- said...

whoaaaaa.. nice entri laa.. hehe, nak minta izin nak copy, boleh?

afifa anuar said...

I love this Dena. Thanks much :') Supposed I read it lama dulu. Thanks it soothes straight to the heart :)